Monday, April 5, 2010

Untuk nilaian umum (2)

SEBAB-SEBAB MENGAPA INDIRA GANDHI A/P MUTHO TIDAK LAYAK MENDAPAT KELAYAKAN MENJAGA ANAK-ANAK IAITU UMU SALAMAH(13 TAHUN),ABU BAKAR(12 TAHUN) DAN UMU HABIBAH(20 BULAN)

 

c) Umu Habibah

 

1. Semenjak mendapat dua orang anak hasil perkahwinan kami iaitu Umu Salamah dan Abu Bakar, Indira telah mengamalkan perancangan keluarga kerana dia sudah tidak mahu anak lagi,tambahan pula dia mengalami masalah ketumbuhan di payudaranya. Akan tetapi pada pada tahun 2007 setelah dia mengeluarkan IUCD,beliau didapati hamil. Dia mendesak saya untuk menggugurkan kandungannya dan tidak mahu anak yang dikandungnya itu,akan tetapi disebabkan saya bertegas mahukan anak itu,dia terpaksa akur, Dan dengan sebab itulah Umu Habibah lahir ke dunia ini. Sepanjang Umu Habibah bersamanya dia tidak pernah menyusukan bayinya ini kerana dia takut apabila dia menyusukan Habibah,dia khuatir air susunya mengandungi racun kerana dia mempunyai ketumbuhan di payudaranya itu. Kami memberi Habibah dengan susu formula. Semenjak dari kandungan lagi Indira tidak mahukan Habibah,jadi kenapa perkara ini berlaku,dia mendesak saya dan amat-amat menunjukkan yang Habibah penting dalam hidupnya. Malahan sepanjang saya berada di Kelantan tidak pernah  dia bertanya khabar Habibah,itupun hanya sekali mengucapkan "Selamat Depavali" melalui SMS.

 

Dan kalau dia benar-benar sayangkan Habibah,kenapa setelah saya dipukul oleh keluarga mertua dengan menggunakan batang paip besi di depannya di rumah kami dahulu, dia tidak merebut Habibah dari dukungan saya yang ternyata telah lemah dan berdarah. Dia ramai ketika itu dan saya seorang sahaja. Dia hanya mengheret dua orang anak kami yang besar sahaja. Ini menunjukkan dia bukannya sayangkan Habibah sepenuhnya. Dia hanya pandai berwayang sahaja dengan oran berkepentingan dalam isu agama seperti ini.

 

2. Semenjak kes saya ini, sudah dua kali dia bertemu dengan Umu Habibah. Di balai polis pada  4hb April 2009 setelah  saya memeluk Islam dan membawa bersama Umu Habibah yang pada ketika itu baru berusia 11 bulan,masih kecil lagi ketika itu. Indira Gandhi datang dan cuba mengambil Umu Habibah daripada saya,akan tetapi Habibah menangis sambil memegang dan memeluk erat saya tidak mahu pergi kepada Indira,mak kandungnya!.Cuba kita fikirkan bagaimana seorang anak sekecil Habibah yang sentiasa bersama dengan Indira masa itu tidak mahu pergi malahan menangis sedangkan pada masa itu Habibah tidak minum susu lagi dari jam 3 petang sehingga jam 10 malam! Jam 10 barulah Habibah dapat minum susu itupun air kotak dengan menggunakan straw!!!!!!!!!!

 

3. Kejadian 13 hb Jan 2010 di mahkamah dan ianya berlaku di depan Umu Salamah dan Abu Bakar sendiri. Habibah tidak mahu pergi  kepada Indira,dia kata "nanak!,nanak!"  bermaksud tak nak dan tunjuk ke pintu dengan mengatakan "go!,go!". Akan tetapi dengan Umu Salamah dan Abu Bakar,dia boleh mencium kakak dan abangnya. Habibah seakan tahu yang Indira,mak dia kafir,dia tak nak sedangkan adik-beradiknya Islam sebab itu dia nak. Inilah salah satu lagi kebesaran Allah SWT,keajaiban daripada Allah yang ingin tunjuk bahawa agamaNya adalah agama yang termulia ,tertinggi dan tiada agama selain daripada Islam. Habibah amat menyintai Islam,sekarangpun dia boleh sujud,sembahyang malahan boleh melaungkan takbir.Kejadian-kejadian seperti ini menguatkan lagi keyakinan saya terhadap Islam dan sesungguhnya saya tidak pernah menyesal memeluk agama yang suci ini malahan saya bersyukur kerana menjadi insan pilihan Allah!.

 

Jadi,takkan kita sebagai umat Islam,mengaku Islam tidak tersentuh dengan seorang budak kecil yang telah menerima Ad Din dalam hidupnya. Dan tergamakkah kita hendak melihat seorang budak yang telah diislamkan dimurtadkan kembali dengan menyerahkan kepada ibu yang bukan beragama Islam yang sudah pasti tidak akan mendidik dengan ajaran Islam. Dan pada usia 18 tahun nanti baru kita nak semarakkan nur Islam ke jiwa kanak-kanak ini yang bakal dibesarkan oleh keluarga kafir. Ini sudah terlambat. Justeru itu,kita perlu mempertahankan akidahnya sekarang bukannya 16 tahun akan datang,fikirkanlah wahai umat islam sekalian. Ini ada lah Jihad!!!!!!!!!!. Kita akan berpuas hati kalau kita dapat menyelamatkannya. Saya doakan orang yang membantu saya seorang mualaf yang teraniaya ini mendapat habuan di dunia dan di akhirat oleh Allah SWT.

 

d) Mahkamah Syariah dan  Mahkamah Sivil

 

1.Pada 29 hb September 2009 yang lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh telah mengeluarkan perintah memberikan hak penjagaan kekal kepada saya.Pihak Mahkamah Syariah telah membicarakan kes ini secara terbuka.. Oleh sebab saya telah memenuhi 7 syarat yang telah ditetapkan oleh Mahkamah maka saya telah diberikan hak penjagaan kekal terhadap ketiga-tiga anak-anak saya itu iaitu Umu Salamah.Abu Bakar dan Umu Habibah. Akan tetapi pihak Indira Gandhi dengan beraninya membantah dan mencabar Mahkamah Syariah melalui Malayiakini.com. Sedangkan di Mahkamah Syariah dia dinamakan sebagai defenden. Sepatutnya apabila saya telah mendapat perintah mahkamah,dia seharusnya merujuk kepada Mahkamah Syariah dulu bukannya semasa kes berjaan di mahkamah  terus mengadu ke cabinet dan menghina Mahkamah Syariah.Ini menunjukkan bahawa orang-orang kafir memandang rendah kepada institusi kehakiman Islam Negara. Mereka langsung tidak menghormati keputusan Mahkamah Syariah.Kedudukan Mahkamah Syariah dilihat seperti mahkamah kelas ketiga dan boleh diganggu gugat sesuka hati. Perintah Mahkamah Syariah boleh sesenang hati sahaja dicabar di mahkamah Sivil walaupun Mahkamah Sivil mengikut 121(1A) tidak ada bidang kuasa.

 

Di mana maruah umat Islam semua kalau hal-hal keislaman ini pun boleh dipijak dan dipandang hina oleh orang-orang kafir. Di mana kita boleh bersuara apabila kuasa Mahkamah Syariah dipandang sepi dan enteng oleh orang-orang kita sendiri?????????

 

2. Di dalam Mahkamah Sivil, saya dan pihak Indira telah mengemukakan affidavit untuk membela hujah-hujah kami. Saya  telah menjawab affidavit yang telah diberikan oleh pihak Indira. Akan tetapi pihak Indira hanya menjawab dua sahaja affidavit 20 perkara dari pihak saya sedangkan saya telah kemukakan sebanyak 4 afidivit 80 perkara. Ini menunjukkan Indira sememangnya tidak layak untuk menjaga anak-anak kami dari segi kemampuannya untuk menjawab affidavit. Kalau dia benar-benar layak sudah tentu dia akan menjawab semua affidavit saya dan membuktikan yang dia benar-benar layak. Ini tidak.

 

Jadi saya terfikir kenapa Indira dengan alasan dan bukti yang amat lemah seperti ini boleh diberi kelayakan di dalam Mahkamah Sivil mendapat hak penjagaan anak-anak kami. Mereka seolah-olah tidak langsung merujuk kesemua afidivit yang telah dikemukankan. Ini tidak adil!!!!!!!!.

 

Justeru itu,saya memohon kepada semua umat Islam marilah kita sama –sama bersembahyang hajat dan bermunajat kepada Allah SWT semoga anak-anak saya akan kembali ke pangkuan saya demi terpelihara aqidah mereka. Dan saya merayu kepada anda semua supaya berdoalah semoga akidah anak-anak saya dapat diselamatkan. Semoga dengan doa umat-umat Islam sekalian kemenangan berpihak kepada Islam. Tolonglah saya seorang mualaf yang sungguh lemah dan hina ini. Tolonglah demi kerana Allah. Semoga suatu hari nanti Allah mengurniakan rahmatnya kepada semua umat Islam samada di dunia ataupun akhirat. Segala kerjasama dan keikhlasan yang diberikan saya ucapan ribuan terima kasih. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya.

No comments: