Friday, April 2, 2010

Untuk nilaian umum (1)

SEBAB-SEBAB MENGAPA INDIRA GANDHI A/P MUTHO TIDAK LAYAK MENDAPAT KELAYAKAN MENJAGA ANAK-ANAK IAITU UMU SALAMAH(13 TAHUN),ABU BAKAR(12 TAHUN) DAN UMU HABIBAH(20 BULAN)

 

a) Tidak layak dari segi pendapatan untuk menyara anak-anak

 

1. Indira Gandhi telah berkahwin dengan saya dari tahun 1993 lagi dan selama itu dia hanyalah seorang surirumah tangga sahaja. Selama itulah saya yang mencari nafkah untuk keluarga sebagai seorang bisnessman. Hanya pada tahun 2006 setelah 2 anak kami telah bersekolah dia berasa bosan berada di rumah,dia telah meminta izin daripada saya untuk keluar bekerja. Dengan keizinan saya, dia telah bekerja di sebuah tadika dengan gaji pada masa itu hanyalah RM300.00 sahaja bekerja dari jam 9 – 12 tengahari. Selepas itu barulah dia bertukar tadika dengan gaji RM400.00. Dan sekarang ini dia menukar agama kepada Kristian dan bekerja di Tadika Wesley Methodist Church  dengan gaji lebih kurang RM600.00 ( 8-5 petang).

 

Jadi di sini timbul satu pertanyaan,kenapa saya dikatakan tidak bekerja dan dia menyatakan yang dialah selama ini menanggung keluarga. Saya ingin bertanya sebelum 30hb mac 2009 selepas saya memeluk Islam pada 11hbMac 2009 dan dipukul oleh keluarga mertua, kalau saya tidak bekerja dan ,bagaimana kami boleh hidup di rumah No 7,Jalan Pengkalan 4,Taman SPPK,Ipoh  .Dan dengan gaji RM600 sekarang adakah dia mampu untuk menyara anak-anak yang semakin membesar?

 

2. Saya adalah ketua keluarga yang bertanggungjawab. Sebelum memeluk Islam lagi saya telah memiliki syarikat perniagaan di bidang pertanian. Semasa belajar di tingkatan 6 padatahun 1988,saya telah mula bekerja dengan perniagaan kerana pendapatan tidak terhad. Pelbagai jenis kerja saya buat daripada membuat MLM,sell condinator di Syarikat –syarikat kereta,agen insuran dan sehinggalah saya membuka Syarikat Pertanian Pure Green dengan mempunyai pekerja seramai 160 orang. Saya bukannya seorang yang suka bergoyang kaki,malas bekerja. Saya Nampak RM saya ada motivasi untuk mencari rezeki.

 

Saya ingin tegaskan bahawa sayalah selama ini bekerja keras menyara keluarga.

 

3. Saya, selepas lari daripada Ipoh sampai ke Kelantan dan semasa itu saya telah dilantik  menjadi Agensi manager di AM Insuran Bhd cawangan Kota Bharu dan diberi sebuah pejabat di tingkat 2 Jalan Tok Hakim,Kota Bharu. Oleh kerana ada kawan-kawan Islam saya yang meragui pekerjaan seperti ini halal atau tidak lalu saya berhenti dan menjadi agen menjual lembu dan kambing di Kelantan,saya telah mendapat komisyen hasil daripada jualan ternakan itu. Sekarang ini saya telah mempunyai sebuah kilang roti dan kek  dengan 11 orang pekerja di Kota Bharu di Syarikat saya IMP Kota Bharu dengan modal berbayar hampir RM130,000 dan baki akaun saya di Bank Islam sebanyak RM31,000 pada hari bertarikh 16hb Mac 2010.

 

Saya boleh memberi kebajikan yang baik kepada Umu Habibah dari segi pembesaran dan kebersihannya kerana saya mampu menyara keluarga. Perbelanjaan untuk Habibah bukannya sedikit,setiap bulan dia memerlukan susu Laktogen 2 tin (RM48 X 2 = RM92.00),

Pampers 3 bungkus (RM43.00 X 3 = RM129.00),upah pengasuh RM200 sebulan, dobi hampir RM100 sebulan dan makan minum dia lagi. Perbelanjaan untuk Habibah seorang tidak termasuk saya sendiri sudah hampir RM700 sebulan. Kalau saya tidak bekerja di mana saya harus dapatkan wang?.Dan dengan perbelanjaan anak kecil dan 2 orang yang masih bersekolah adakah dengan pendapatan RM600.00 sebulan,Indira mampu menyara mereka dengan sempurna kalau tidak mendapat bantuan orang lain. Takkanlah dia mahu meminta sedekah untuk menyara keluarga.

 

4. Di dalam afidivit Indira Gandhi tidak pernah menyebut berkaitan dengan pendapatan yang dia perolehi dan di mana dia bekerja. Ini boleh menimbulkan persoalan bagaimana dia ada hak untuk membela anak-anak kami. Pihak hakim sepatutnya menyiasat pernyataan ini,harus buktikan yang dia benar-benar layak atau tidak. Jangan membuat keputusan yang berat sebelah. Hakim boleh kata yang saya tidak layak kerana saya tidak bekerja,mana boleh!. Dalam afidivit saya,saya telah mengepilkan pendapatan yang saya perolehi. Ini merupakan bukti yang saya bekerja dan mampu menyara anak-anak saya. Saya minta pihak hakim arahkan Indira Gandhi tunjukkan bukti pendapatan dia sebulan yang dia terima sebagai guru tadika. Lepas itu buatlah pertimbangan yang adil dan saksama,siapa yang lebih layak. Jangan lihat dia seorang perempuan dan ibu,kita terus simpati dan kasihan……tengok dulu kelayakannya. Takkanlah selepas membuat keputusan,baru nak fikir bagaimana nak beri bantuan kepada Indira menyara anak-anak saya. Kalau beri bantuan sama ada melalui peruntukan untuk ibu tunggal atau melalui NGO-NGO,ini dapat membuktikan dia benar-benar tidak layak. Memang betul kata saya dalam akhbar dia meminta sedekah untuk menyara anak-anak kami. Fikirkanlah……

 

b) Tidak layak dari segi keperibadian dan tingkahlaku

 

1. Saya menyayangi dan mencintai Indira Gandhi dengan sepenuh hati saya sepanjang perkahwinan kami selama  20 tahun . Kami berkahwin pada tahun 1993 setelah Indira melarikan diri daripada keluarganya iaitu pada tahun 1991 dan mengikut saya sehingga ke Johor. Perkahwinan kami ditentang oleh keluarga mertua.Saya rela menjadi "Pak Sanggup" atas kesalahannya bersama dengan abang iparnya dan semasa itu dia tidak mendapat pembelaan daripada ibunya yang lebih mementingkan maruah kakaknya yang telah berkahwin. Sepanjang perkahwinan kami kami kurang bercampur dengan orang lain. Kami hidup bahagia bersama dengan 2 orang anak.

 

Sebagai bukti saya amat-amat mencintainya,saya telah menyerahkan semua asset yang saya ada seperti Syarikat Pure Green Enterprise,kereta  dan rumah kepada namanya. Malahan penama untuk KWSP juga 100% atas namanya hingga ke hari ini. Masa itu saya tidak kisah kerana saya cintakan dia,dia adalah segala-galanya bagi saya dan ibu kepada anak-anak saya. Saya tidak mahu apabila saya meninggal dunia nanti Indira tidak perlu pergi ke Amanah Raya untuk menukar asset ke nama dia.

 

Akan tetapi apabila saya memeluk Islam.Dia telah memberitahu dan mengaku di hadapan anak-anak kami yang dia telah pergi ke Cameron Hingland bersama seorang lelaki menaiki kereta Cefiro dan bermalam selama 3 malam di Hotel Jasmine iaitu pada 7-9hb Mac 2009.. Dia telah menipu saya dengan menyatakan dia mengikuti rombongan sekolahnya ke Cameron Highland.Saya tersentap dengan pengakuan itu. Saya telah melaporkan kepada pihak polis berkenaan dengan kes ini pada 8hb Mac 2009.  Saya rasa amat sedih dengan kecurangan ini. Saya tidak sangka seorang perempuan yang begitu lembut sanggup buat begini kepada seorang lelaki yang amat menyayangi dan mencintainya. Dia masa itu tidak fikir langsung dengan maruah anak-anak…….

 

Pada 30hb Mac 2009 saya telah dipukul oleh keluarga mertua dengan menggunakan sebatang paip besi sehingga berdarah,mereka seramai 4 orang iaitu mak mertua saya dan kakak-kakak Indira. Masa itulah mereka melarikan dua daripada anak kami. Mereka pergi bersama Indira dan selepas itu saya membuat polis report. Dengan bukti badan yang lebam dan berdarah, polis kasihankan saya dan memberi perlindungan kepada saya pada masa itu dan bukannya disebabkan saya saudara baru yang baru memeluk Islam seperti yang dikatakan oleh Indira dalam You Tubenya. Saya masuk Islam sahaja tetapi puak-puak Hindu ini membuat saya seperti ada kes criminal. Jadi selama ini orang hanya melihat Indira yang betul. Siapapun boleh berkokok dalam You Tube kerana tiada tindak balas sepontan. Kalau benar Indira betul,saya mahu kes ini dibicarakan dalam mahkamah secara terbuka dan pihak polis boleh campurtangan. Saya mahu Indira buktikan kepada Mahkamah yang saya mendera dan memukul dia dan anak-anak sepanjang perkahwinan kami yang telah berusia 20 tahun. Kenapa dia tidak buat polis report sebelum ini dan kenapa baru 9hb Mac 2009 baru kata saya dera dia. Sepatutnya dari dulu lagi dia sudah buat polis report kalau betul-betul  saya dera dia. Dalam hidup keluarga kami selama 20 tahun,saya yang buat report pertama pada 8hb Mac 2009 kerana sebelum ini kami tidak ada masalah keluarga. Selepas itu barulah Indira buat polis report bertujuan untuk mengawal diri dia.

 

Adakah seorang isteri yang berlaku curang begini layak untuk mendapat hak menjaga anak-anak. Seorang isteri yang sanggup menduakan suami yang selama ini menjaganya dengan baik dan cukup dari segi perbelanjaan dan kasih sayang selama hampir 20 tahun???

 

Adakah dia sebagai seorang ibu boleh dijadikan idola kepada anak-anak kami dengan mempunyai tingkahlaku yang buruk seperti ini. Saya tidak sanggup untuk melihat mereka dibesarkan oleh seorang ibu begini!!!. Kalau di dalam Islam apa hukuman bagi seorang perempuan yang telah bersuami berzina dengan lelaki lain????? Cuba fikir sendiri kalau anda duduk di tempat saya,adakah nak dibiarkan sahaja anak-anak anda itu?Dibesarkan oleh seorang ibu yang suka menyeleweng fakta dan dieksploitasi oleh orang-orang yang berkepentingan.

 

Saya dedahkan hal ini kerana saya mahu buktikan kepada umum yang saya bukannya seorang yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga saya dan suatu hari nanti bukti-bukti seperti ini boleh dijadikan tempat untuk refer kes ini. Dulu saya tidak mahu bongkarkan kisah keluarga saya,akan tetapi kerana sikap Indira Gandhi yang sangat melampau dan suka menunding jari ke arah saya dengan fitnah-fitnah yang melukakan dan membengangkan hati saya,jadi saya terpanggil untuk membela diri saya sendiri. Takkanlah kita nak biarkan orang memijak kepala kita dengan sewenang-wenangnya. Saya juga ada maruah diri dan saya juga ingin anak-anak saya tahu cerita yang sebenarnya.

 

2. Keluarga mertua saya semenjak dari dulu lagi menentang perkahwinan kami dan sentiasa membenci saya. Mereka suka masuk  dalam urusan rumahtangga kami. Keluarga mertua saya bukannya keluarga yang baik. Mereka mempunyai keperibadian yang tidak baik. Kakak Indira,Subar Gandhi mempunyai anak luar nikah seramai 2 orang dan menurut kata Indira sendiri kakaknya menjalankan perniagaan yang tidak sah kerana menipu Mahkamah Tinggi Ipoh dengan mendaftarkan syarikatnya di SSM dan menjalankan kerja-kerja pemborong binaan am,pembekal tong-tong gas,wakil penempahan pengangkutan,cleaning service. Akan tetapi syarikat ini menuntut bayaran invoice kosong untuk membekalkan pengawal keselamatan kepada Mahkamah Tinggi Ipoh  bukannya seperti apa yang telah didaftarkan.

 

Subar Ghandi (kakak Indira di mana Indira dan Umu Salamah tinggal sekarang ini ) tidak mampu membayar bil telefon ( No: 05- 5261940) semenjak tahun 2007 lagi. Bayaran tertunggak sebanyak RM1000 lebih . Mereka pada masa itu tinggal di No 17,Rumah Murah,Jelapang,Ipoh. Bil itu atas nama bapa mereka iaitu Mutho A/L Koundan yang telah meninggal dunia pada 16hb Februari 1999. Sekarang ini telah berpindah ke rumah baru di 39,Lorong 2B,Taman Permata,Ipoh dan menggunakan nombor telefon baru iaitu 05-5272023. Oleh kerana bil telefon sebanyak RM1000 lebih pun tidak boleh bayar,bagaimana mereka hendak menyokong dan membantu Indira memelihara anak-anak saya?Saya bimbangkan sahsiah anak-anak saya apabila mereka besar nanti kalau mereka berada di bawah jagaan sebuah keluarga yang tidak menghormati ibu bapa.Mereka sanggup merosakkan nama seorang bapa yang telah mati dengan menambahkan hutang.Kalau orang yang masih hidup bolehlah mereka membayar balik hutang ini,bagaimana seorang yang telah lama mati dapat menyelesaikan hutangnya sendiri. Ini dapat mencemarkan nama orang yang telah mati. Saya takut anak-anak saya akan terikut-ikut dengan perangai yang tidak baik ini. Abang kandung tiri Indira Gandhi iaitu anak tiri isteri pertama ayah Indira adalah seorang yang dibuang daerah ke Raub,Pahang. Beliau dikenali sebagai Bala Raub Bond mempunyai rekod polis yang sangat-sangat teruk.

 

Saya tidak mahu anak-anak saya dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai personality yang buruk seperti ini. Bagaimana dengan masa depan mereka??????. Anak-anak harus dibesarkan dalam kondisi yang baik bukannya didedahkan dengan kelakuan yang buruk. Saya takut nanti mereka akan terikut-ikut apabila mereka besar nanti.

2 comments:

Anonymous said...

Semoga Allah memberkati Tuan dan anak-anak.

Muhammad Riduan Abdullah said...

saya mengucapkan ribuan terima kasih atas perihatin saudara. sesungguhnya sekarang ini saya amat-amat perlukan moral support dari semua umat Islam untuk perjuangan saya dalam mempertahankan akidah anak-anak saya. Doakanlah semoga Islam dapat kalahkan kafir.