Tuesday, March 30, 2010

PERIHAL DIRI SAYA

Saya,Muhammad Riduan Bin Abdullah @ K.Patmanathan dulunya seorang penganut agama Hindu. Setelah mendapat hidayah daripada Allah SWT,saya telah memeluk agama Islam yang suci ini pada awal tahun 2009.saya mempunyai tiga orang anak hasil daripada perkahwinan saya yang lepas dengan Indira Gandhi A/P Mutho yang kini masih lagi beragama Hindu. Mereka ialah Umu salamah,13 tahun,Abu Bakar,12 tahun dan Umu Habibah,21 bulan. Anak-anak saya telah diislamkan oleh saya di Majlis Agama Perak.
Sekarang ini timbul masalah dalam kehidupan saya apabila Mahkamah Sivil telah memerintahkan supaya ketiga-tiga anak-anak saya itu perlu diserahkan kepada ibu mereka yang beragama Hindu. Saya dikatakan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan tidak dapat menjaga kebajikan anak-anak kami,sedangkan bekas isteri saya layak menjaga ketiga-tiga anak-anak kami kerana dia mempunyai pekerjaan yang tetap iaitu seorang guru tadika yang hanya mempunyai pendapatan RM600.00 sebulan. Jadi oleh itulah saya terpanggil untuk memberi tahu semua perkara yang sebenarnya iaitu sememangnya bekas isteri saya memang tidak layak untuk menjaga anak-anak kami berdasarkan beberapa perkara:

.

No comments: